Syarikat pengendali umrah dikepung, pekerja wanita rebah akibat serangan panik

Iklan
Tangkap layar siaran langsung seorang pengguna aplikasi TikTok dipercayai mangsa syarikat pengendali umrah. Tangkap layar siaran langsung seorang pengguna aplikasi TikTok dipercayai mangsa syarikat pengendali umrah.
Tangkap layar siaran langsung seorang pengguna aplikasi TikTok dipercayai mangsa syarikat pengendali umrah.

SHAH ALAM - Syarikat pengendali umrah yang didakwa gagal menerbangkan jemaah dikepung oleh beberapa individu dipercayai mangsa sejak malam Isnin.

Menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok, kakitangan syarikat berkenaan turut dikhabarkan tidak dibenar keluar dari premis tersebut sehingga semua mangsa menerima bayaran balik pakej yang dibayar.

Iklan
Iklan

Malah turut kelihatan seorang pekerja wanita dipercayai dari unit kewangan syarikat tersebut rebah akibat serangan panik dan kegelisahan.

Seorang pekerja wanita dipercayai dari unit kewangan syarikat tersebut rebah akibat serangan panik dan kegelisahan. Seorang pekerja wanita dipercayai dari unit kewangan syarikat tersebut rebah akibat serangan panik dan kegelisahan.
Seorang pekerja wanita dipercayai dari unit kewangan syarikat tersebut rebah akibat serangan panik dan kegelisahan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kira-kira 300 jemaah terkandas apabila syarikat pengendali umrah yang berpangkalan di Sepang, Selangor itu menunda tarikh penerbangan di saat akhir.

Iklan

Alasan yang diberikan oleh pihak syarikat adalah hotel penginapan telah dibatalkan pihak Arab Saudi.

Seorang jemaah yang ingin dikenali sebagai Ida mendakwa, sewaktu dimaklumkan perkara itu, barulah terbongkar bahawa tiada tempahan tiket penerbangan untuk mereka.

Iklan

Malah katanya, status visa dan hotel penginapan juga tidak dapat dipastikan.

Setakat jam 2.30 petang, beberapa individu dipercayai mangsa penipuan masih berada di ibu pejabat syarikat pengendali umrah itu bagi menuntut semula bayaran pakej ditetapkan.