'Pelarian TikTok' beralih kepada Xiaohongshu, Lemon8

Iklan
Dua aplikasi dihasilkan China masih menjadi pilihan utama pengguna media sosial. Foto Agensi Dua aplikasi dihasilkan China masih menjadi pilihan utama pengguna media sosial. Foto Agensi
Dua aplikasi dihasilkan China masih menjadi pilihan utama pengguna media sosial. Foto Agensi

SAN FRANCISCO – Dua aplikasi dihasilkan China, Xiaohongshu dan Lemon8 telah mengambil kedudukan teratas carta muat turun di Amerika Syarikat (AS) selepas pengguna kini mencari platform alternatif menjelang larangan yang bakal dikenakan terhadap TikTok.

Xiaohongshu atau Little Red Book diasaskan pada 2013 di Shanghai mempunyai ciri sama seperti Instagram menjadi aplikasi secara percuma yang paling banyak dimuat turun menerusi App Store dan Google Play buat pertama kali.

Iklan
Iklan

Kebanyakan pengguna baharu secara berseloroh menggelarkan diri mereka sebagai 'pelarian TikTok'.

Selain itu, data Sensor Tower menunjukkan jumlah muat turun Lemon8 yang serupa seperti TikTok oleh pengguna iOS dan Android juga meningkat tiga kali ganda pada minggu lalu.

Iklan

ByteDance berdepan tarikh akhir hingga 19 Januari ini untuk mencari pembeli di Washington sebagai syarat bagi membolehkan ia terus beroperasi di negara tersebut.

Kebimbangan semakin meningkat selepas Mahkamah Agung pada minggu lalu juga memberi isyarat ia akan menyokong undang-undang tersebut. - Agensi

Iklan