Perjanjian CEPA Malaysia-UAE buka peluang baharu kerjasama ekonomi - PM

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) melakukan Kunjungan Hormat ke atas Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang juga Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum di Istana Za’abeel, Dubai. Foto Bernama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) melakukan Kunjungan Hormat ke atas Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang juga Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum di Istana Za’abeel, Dubai. Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) melakukan Kunjungan Hormat ke atas Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang juga Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum di Istana Za’abeel, Dubai. Foto Bernama

ABU DHABI - Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (MY-UAE CEPA) yang bertujuan membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi.

Majlis permeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UAE serta Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di ADNEC Center, di sini.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Anwar yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke UAE mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden UAE itu.

Perdana Menteri kemudian bersama-sama beberapa pemimpin dunia menghadiri majlis perasmian Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) 2025 yang disempurnakan oleh Sheikh Mohamed.

Iklan

Anwar menerusi satu kenyataan berkata, beliau mengalu-alukan pemeteraian perjanjian antara kedua-dua negara itu.

Beliau berkata, sebagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), perjanjian itu dijangka menjadi pemangkin kepada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih kukuh bukan sahaja antara Malaysia dan UAE malah merangkumi juga dengan negara Teluk yang lain.

Iklan

"MY-UAE CEPA akan membuka peluang kerjasama ekonomi yang lebih mendalam, termasuk penghapusan/pengurangan tarif dan peningkatan akses pasaran, yang bakal memacu eksport dan mewujudkan peluang pelaburan baharu bagi sektor utama,” kata Anwar.