AGC perlu batal hasrat kuat kuasa larangan bersuara

Iklan
Keratan Sinar Harian bertarikh 13 April 2025. Gambar kecil: Mohd Puad Zarkashi Keratan Sinar Harian bertarikh 13 April 2025. Gambar kecil: Mohd Puad Zarkashi
Keratan Sinar Harian bertarikh 13 April 2025. Gambar kecil: Mohd Puad Zarkashi

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu membatalkan hasrat untuk menguatkuasakan perintah gag order atau larangan bersuara bagi menghalang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut hanya akan mewujudkan isu kepercayaan kepada kerajaan.

Iklan
Iklan

"Gag order melarang rakyat bercakap isu Titah Adendum menyebabkan rakyat percaya kerajaan ada banyak lagi rahsia yang mahu disorokkan.

"Banyak spekulasi dan juga andaian negatif akan berlegar di media sosial. Ia memburukkan kredibiliti kerajaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, pihak kerajaan akan memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan perintah larangan bersuara.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, alasan permohonan itu adalah untuk melindungi Institusi Diraja kerana perkara itu menyentuh isu sensitif iaitu raja, agama dan kaum (3R).

Iklan

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berpandangan bahawa perintah larangan bersuara tidak wajar dilaksanakan.

Dalam pada itu, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berpandangan bahawa wajar bagi AGC untuk membatalkan tuntutan perintah larangan bersuara tersebut memandangkan Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa permohonan mesti dibuat sebelum 20 Januari 2025.