Kerugian akibat kebakaran di California meningkat kepada AS$275 bilion

Iklan
Anggaran kerugian akibat kebakaran hutan yang masih berlanjutan di California meningkat kepada AS$275 bilion. Foto AFP Anggaran kerugian akibat kebakaran hutan yang masih berlanjutan di California meningkat kepada AS$275 bilion. Foto AFP
Anggaran kerugian akibat kebakaran hutan yang masih berlanjutan di California meningkat kepada AS$275 bilion. Foto AFP

MOSCOW - Anggaran kerugian akibat kebakaran hutan yang masih berlanjutan di California meningkat kepada AS$275 bilion, menurut perkhidmatan ramalan cuaca AS, AccuWeather pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Jumaat lalu, Pengurus Perhubungan Awam AccuWeather Bill Wadell berkata, anggaran awal kerugian adalah sekitar AS$135 bilion hingga AS$150 bilion.

Iklan
Iklan

"AccuWeather telah mengemas kini dan meningkatkan anggaran awal jumlah kerosakan dan kerugian ekonomi kepada antara AS$250 bilion dan AS$275 bilion...," kata perkhidmatan itu di platform X.

Beberapa kebakaran hutan tercetus di California sejak 7 Januari, memaksa puluhan ribu orang berpindah, meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan, termasuk rumah milik selebriti.

Iklan

Seorang individu ditahan Jabatan Polis Los Angeles atas dakwaan melakukan pembakaran yang menyebabkan Kebakaran Kenneth, iaitu antara kejadian kebakaran hutan yang sedang berlaku di California, lapor NewsNation pada Jumaat memetik pegawai penguat kuasa undang-undang. - Bernama

Iklan