Penghuni empat rumah dipindahkan akibat hakisan ombak

Iklan
Aznan (kiri) meninjau kawasan yang terkesan akibat hakisan ombak di pekan Sungai Rengit pada Selasa. Aznan (kiri) meninjau kawasan yang terkesan akibat hakisan ombak di pekan Sungai Rengit pada Selasa.
Aznan (kiri) meninjau kawasan yang terkesan akibat hakisan ombak di pekan Sungai Rengit pada Selasa.

KOTA TINGGI - Penghuni empat rumah di pekan Sungai Rengit yang terjejas akibat hakisan ombak pada Ahad akan dipindahkan ke penempatan sementara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, pemindahan itu dibuat bagi memastikan keselamatan kesemua penghuni di keempat-empat rumah berkenaan terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kita rancang untuk mereka ini pindah ke penempatan sementara kerana risau keadaan ombak besar dan angin kuat ini boleh berlaku bila-bila masa.

"Jadi kita keluarkan dahulu penduduk demi keselamatan mereka. Setakat ini terdapat empat rumah yang terkesan dengan keadaan tersebut di Sungai Rengit ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah melakukan tinjauan mengenai hakisan ombak di kawasan berkenaan pada Selasa.

Difahamkan, hakisan di pantai berkenaan sememangnya berlaku setiap tahun, namun kali ia dilihat agak buruk susulan fenomena air pasang besar yang disertai dengan angin kencang.

Iklan

Dalam pada itu, Aznan berkata, situasi berkenaan dilihat agak membimbangkan kerana ketinggian air laut mencecah hingga lebih dua meter dan dijangka boleh mencapai 3.5 meter.

Malah katanya, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya air pasang besar disertai dengan angina kuat di kawasan terbabit.

"Biasanya lima tahun sekali kejadian seperti ini berlaku, tahun lepas tidak berlaku tetapi kali ini agak besar. Keadaan ini menjadi kerisauan kita kerana jarak laut dengan jalan utama hanya 15 ke 20 meter... risau makin hampir dan boleh sebabkan jalan pula terhakis.

"Setakat ini bila berlaku banjir besar sahaja air laut akan melimpah sampai ke jalan. Jadi kerisauan hakisan berlaku dan akan menyebabkan rumah runtuh dan jalan terputus.

"Oleh itu, kita juga mohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tambak batu-batu di kawasan berkenaan untuk elak hakisan. Sebelum ini tindakan sama juga sudah dibuat tiga tahun lepas tetapi berlaku lagi dan perlukan bajet, kita akan bincang dengan JPS,” ujarnya.