[EKSKLUSIF] Lebih 300 terkandas: Syarikat pengendali umrah berdepan tindakan gantung

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai lebih 300 orang terkandas apabila syarikat gagal terbangkan jemaah umrah. Laporan Sinar Harian mengenai lebih 300 orang terkandas apabila syarikat gagal terbangkan jemaah umrah.
Laporan Sinar Harian mengenai lebih 300 orang terkandas apabila syarikat gagal terbangkan jemaah umrah.

PUTRAJAYA - Syarikat pengendali umrah yang didakwa gagal menerbangkan 379 bakal jemaah ke Tanah Suci berdepan dengan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari.

Tegas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan, tindakan itu berkuat kuasa pada Rabu sekiranya syarikat berkenaan gagal membuat pemulangan wang sehingga malam Selasa.

Iklan
Iklan

"Pemilik syarikat telah berjanji untuk pulangkan wang 379 bakal jemaah malam ini," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu akhbar ini melaporkan lebih 300 bakal jemaah umrah terkandas selepas pihak syarikat menunda tarikh penerbangan yang sepatutnya pada hari ini kepada suatu tarikh yang tidak di pastikan.

Iklan
Iklan

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.