BHEUU, JPM tubuh Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Kontrak 1950

Iklan
Pindaan kali terakhir terhadap akta itu telah dilakukan pada tahun 1976. Pindaan kali terakhir terhadap akta itu telah dilakukan pada tahun 1976.
Pindaan kali terakhir terhadap akta itu telah dilakukan pada tahun 1976.

SHAH ALAM - Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) menubuhkan Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Kontrak 1950 [Akta 136] bagi menggerakkan pembaharuan undang-undang kontrak di Malaysia.

BHEUU, JPM dalam satu kenyataan memaklumkan, pembaharuan berkenaan dilakukan dengan kerjasama Universiti Monash dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pindaan kali terakhir terhadap akta itu telah dilakukan pada tahun 1976.

"Disebabkan itu, [Akta 136] sedia ada ini boleh dikategorikan sebagai undang-undang lapuk dan ketinggalan zaman.

Iklan

"Sebahagian besar isi kandungan dalam akta tersebut menggunakan istilah-istilah lama serta berteraskan prinsip undang-undang yang sudah tidak relevan dengan keperluan zaman moden.

"Banyak peruntukan tidak mampu menangani isu kompleksiti dalam transaksi terutamanya transaksi e-dagang dan perjanjian berbentuk digital,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, BHEUU, JPM turut memberitahu bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah melantik pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa.

Kata kenyataan itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dilantik untuk mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.

Jelas BHEUU, JPM, jawatankuasa berkenaan akan bertindak dengan membuat kajian bidang utama pembangunan undang-undang kontrak.

"Selain itu, mengkaji keputusan penting mahkamah Malaysia dan bidang teras undang-undang kontrak serta membuat penyataan semula undang-undang kontrak.

"Seterusnya, mengesyorkan keperluan pembaharuan [Akta 136] serta menyediakan laporan berhubung keperluan pembaharuan akta tersebut. Tempoh masa kajian selama 24 bulan melalui tiga fasa yang ditetapkan,” ujar kenyataan itu.