Terengganu mohon peruntukan RM600,000 bina tembok penahan ombak - Exco

Iklan
Keadaan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang rosak teruk akibat hakisan pantai yang berlaku ekoran dibadai ombak besar sejak beberapa hari lepas - Foto: Bernama, gambar kecil: Hanafiah Keadaan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang rosak teruk akibat hakisan pantai yang berlaku ekoran dibadai ombak besar sejak beberapa hari lepas - Foto: Bernama, gambar kecil: Hanafiah
Keadaan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang rosak teruk akibat hakisan pantai yang berlaku ekoran dibadai ombak besar sejak beberapa hari lepas - Foto: Bernama, gambar kecil: Hanafiah

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu telah menghantar permohonan peruntukan bagi membina tembok penahan ombak atau struktur 'rock revetment' sejauh 400 meter dengan lebar 1.5 meter dari bahu jalan sebagai pelindung pantai daripada hakisan.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Hanafiah Mat berkata, peruntukan sebanyak RM600,000 itu meliputi kerja-kerja baik pulih jalan runtuh di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini.

Iklan
Iklan

"Peruntukan ini di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Permohonan peruntukan ini sebagai langkah penambahbaikan terhadap jalan sedia ada yang telah rosak, kerja-kerja membaik pulih jalan dan langkah pencegahan hakisan di Kampung Tanjung Batu Rakit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, kerja-kerja penambahbaikan itu dijangka dimulakan dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan peruntukan MARRIS.

Selain itu, katanya ia juga bergantung kepada keadaan semasa ombak akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang masih melanda Terengganu ketika ini.

Iklan

Dalam pada itu, Hanafiah berkata, kerajaan negeri terus berusaha untuk menangani isu-isu berkaitan infrastruktur dan alam sekitar demi memastikan kehidupan rakyat terus terpelihara.

"Beberapa langkah penting akan diambil bagi memastikan hakisan pantai tidak bertambah buruk dan untuk menjaga keselamatan serta kesejahteraan penduduk Kampung Tanjung" katanya.

Masalah hakisan pantai yang berlaku menyebabkan dua jalan pantai iaitu Jalan Mengabang Telipot (berhampiran Warung Pok Nong) sepanjang 300 meter dan Jalani Pantai Kampung Tanjung Batu Rakit sepanjang 330 meter ditutup sepenuhnya terhadap semua kenderaan kerana berisiko runtuh.

Sebagai alternatif lain, penduduk di kampung berdekatan terpaksa menggunakan laluan alternatif sementara menunggu kerja-kerja baik pulih dan jalan itu selamat digunakan.