Lelaki lemas ketika menyeberangi sungai

Iklan
Dua lelaki maut apabila bot laju yang dinaiki berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di perairan Kampung Balimbang, di sini pada Ahad. Dua lelaki maut apabila bot laju yang dinaiki berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di perairan Kampung Balimbang, di sini pada Ahad.
Dua lelaki maut apabila bot laju yang dinaiki berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di perairan Kampung Balimbang, di sini pada Ahad.

SIBU - Seorang pekerja talian elektrik yang dilaporkan hilang ketika berenang menyeberangi sungai di Rh Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit petang semalam ditemukan lemas pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata Mohamad Hamizan Reduan, 25, ditemui 11.34 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), tiga meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Iklan
Iklan

"Enam selaman dilakukan pada kedalaman lima meter di lokasi terakhir mangsa dilihat, di tengah-tengah sungai, dengan radius pencarian sembilan meter,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa dipercayai lemas ketika berenang kembali ke rumah sewanya selepas makan tengah hari di seberang sungai.

Iklan

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Iklan