Tarikh akses kad memori bercanggah kerana komputer tiada 'auto update' - Saksi

Iklan
Mohd Nazri hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi prosiding perbicaraan kes hari ke-22 pada Selasa. Mohd Nazri hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi prosiding perbicaraan kes hari ke-22 pada Selasa.
Mohd Nazri hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi prosiding perbicaraan kes hari ke-22 pada Selasa.

IPOH - Seorang pegawai penyiasat polis menjelaskan kepada Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa bahawa kad memori kamera papan pemuka (dashcam) kereta Perodua Ativa yang dipandu Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak, 46, sebenarnya telah diakses pada 20 Disember 2023.

Asistan Superintenden, S Dasarathan, 46, berkata, hanya beliau sendiri mempunyai akses terhadap ekshibit yang diambil daripada kereta tertuduh.

Iklan
Iklan

"Berkenaan isu ini sebenarnya rakaman 'dashcam' dan kad memori dirampas pada 20 Disember 2023 dan diserahkan kepada saya hari sama.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023. Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023.
Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023.

"Saya mengambil kad memori tersebut, telah akses pada 20 Disember 2023 menggunakan komputer saya. Komputer saya tiada mempunyai sambungan internet dan tiada kemas kini automatik (auto update) terhadap tarikh dan masa kepada komputer.

Iklan

"Walaupun diakses pada 20 Disember, tarikh yang ditunjukkan adalah masih 19 Disember 2023," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz di sini.

Terdahulu, Afzainizam meminta penjelasan Dasarathan yang juga saksi pendakwaan ke-33 berhubung pernyataan bertulis pada prosiding Jumaat lepas yang memaklumkan laporan pemeriksaan dan analisa papan pemuka Perodua Ativa mendapati kad memori tersebut pernah diakses pada 19 Disember 2023.

Iklan

Selain Afzainizam, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani dan Low Qin Hui.

Pihak peguam bela pula dibarisi M Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet itu bersambung pada Jumaat.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan minimum sebatan 12 kali, jika sabit kesalahan