Op Sky: SPRM bongkar jenayah syarikat perunding kewangan, 12 diberkas

Iklan
Seramai 12 individu ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa kerana dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah serta pengubahan wang haram melibatkan syarikat perunding kewangan dan kumpulan profesional perbankan. Foto: SPRM Seramai 12 individu ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa kerana dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah serta pengubahan wang haram melibatkan syarikat perunding kewangan dan kumpulan profesional perbankan. Foto: SPRM
Seramai 12 individu ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa kerana dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah serta pengubahan wang haram melibatkan syarikat perunding kewangan dan kumpulan profesional perbankan. Foto: SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan bersama pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Sinar Harian difahamkan, pembongkaran kegiatan sindiket itu dilakukan di 24 buah lokasi termasuk rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menerusi serbuan itu, pasukan operasi SPRM turut melakukan tangkapan terhadap 12 individu disyaki terlibat dengan sindiket tersebut.

Kesemua 12 individu tersebut termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, seorang pengarah yayasan, seorang pengurus dan seorang bekas pengurus jualan institusi perbankan telah ditahan reman pada pagi Selasa.

Iklan

Mereka ditahan kerana dipercayai terbabit rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram melibatkan permohonan pinjaman peribadi daripada beberapa institusi perbankan.

Seramai 12 individu ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa kerana dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah serta pengubahan wang haram melibatkan syarikat perunding kewangan dan kumpulan profesional perbankan. Foto: SPRM Seramai 12 individu ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa kerana dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah serta pengubahan wang haram melibatkan syarikat perunding kewangan dan kumpulan profesional perbankan. Foto: SPRM
Seramai 12 individu ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa kerana dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah serta pengubahan wang haram melibatkan syarikat perunding kewangan dan kumpulan profesional perbankan. Foto: SPRM

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua suspek ditahan dalam Op Sky dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

Iklan

Beliau berkata, penahan tersebut dilakukan di beberapa buah institusi kewangan tempatan di sekitar Lembah Klang pada Isnin.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal dijalankan, dipercayai terdapat pegawai di beberapa institusi perbankan telah menerima rasuah daripada pegawai syarikat perunding kewangan.

Jelasnya, ia sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan pinjaman peribadi pelanggan yang telah dikenalpasti mempunyai hutang lapuk.

"Pegawai bank yang terlibat telah mengenal pasti pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada penjawat awam yang mempunyai hutang lapuk.

"Susulan itu, pegawai bank akan memperkenalkan pelanggan kepada syarikat perunding kewangan yang akan menawarkan bantuan skim 'multiple loan'," katanya pada Selasa.

Menurut Azam lagi, syarikat perunding kewangan tersebut dipercayai akan membantu menyediakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu, seterusnya akan dihantar ke beberapa institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman.

Kata beliau, hasil siasatan menunjukkan syarikat perunding akan mendahulukan wang kepada peminjam untuk melangsaikan hutang tersebut.

Setelah pinjaman diluluskan, katanya, peminjam akan membayar balik pendahuluan itu manakala baki pinjaman dilaburkan dalam satu skim pelaburan.

Tambahnya, dalam operasi itu, SPRM turut membekukan 70 akaun syarikat dan individu membabitkan nilai lebih RM16.2 juta.

Selain itu menurutnya, SPRM turut menyita sembilan unit kenderaan pelbagai jenama terdiri daripada Ferrari F8 Spider, Lexus RC300, Mercedes-Benz GLC43, BMW, Toyota Alphard, Mazda serta Honda.

"SPRM turut menyita wang tunai lebih RM300,000 selain mata wang Hong Kong (HKD)95,000 serta 17 utas jam tangan mewah dianggarkan berjumlah lebih RM11.1 juta.

"Selain itu, SPRM turut menyita lima unit beg tangan berjenama dianggarkan bernilai lebih RM430,000, lima set barang kemas dianggarkan berjumlah lebih RM50,000 serta dua unit komputer riba dan dua unit tablet," ujarnya.

Azam berkata, perintah reman selama lima hari sehingga Sabtu terhadap 10 suspek lelaki dan dua suspek wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Katanya, reman itu diperoleh selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.