Harimau dahan betina serang ternakan penduduk masuk perangkap

Iklan
Harimau dahan betina yang dilaporkan menyerang ternakan penduduk. Harimau dahan betina yang dilaporkan menyerang ternakan penduduk.
Harimau dahan betina yang dilaporkan menyerang ternakan penduduk.

BESUT - Seekor harimau dahan betina yang dikesan menyerang ternakan penduduk di Kampung Pak Sik di sini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, haiwan tersebut yang merupakan antara spesis jarang dijumpai di Terengganu itu memasuki perangkap pada awal pagi Selasa.

Iklan
Iklan

"Haiwan seberat kira-kira 20 kilogram ini berjaya ditangkap pihak Perhilitan Terengganu menerusi perangkap yang dipasang di Kampung Pak Sik pada Selasa.

Perhilitan Terengganu menghantar harimau dahan betina yang memasuki perangkap ke NWRC di Sungkai, Perak. Perhilitan Terengganu menghantar harimau dahan betina yang memasuki perangkap ke NWRC di Sungkai, Perak.
Perhilitan Terengganu menghantar harimau dahan betina yang memasuki perangkap ke NWRC di Sungkai, Perak.

"Harimau dahan ini dipercayai datang dari hutan berhampiran sebelum memasuki perangkap yang dipasang di kawasan kebun penduduk," katanya di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, sebelum ini Perhilitan telah menerima aduan berhubung serangan haiwan liar itu oleh penduduk kampung pada pagi Isnin.

"Pada hari yang sama, kita telah memasang satu perangkap yang bersesuaian.

Iklan

"Harimau dahan yang ditangkap itu dalam keadaan stabil dan sihat serta telah dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak," ujarnya.