Buaya terlepas dari kandang

Iklan
Gambar seekor buaya yang terlepas dari kandang di Pulau Bulan, Batam, Indonesia. Foto Agensi Gambar seekor buaya yang terlepas dari kandang di Pulau Bulan, Batam, Indonesia. Foto Agensi
Gambar seekor buaya yang terlepas dari kandang di Pulau Bulan, Batam, Indonesia. Foto Agensi

BATAM - Ratusan penduduk di Pulau Bulan, Batam, Kepulauan Riau, Indonesia mengambil langkah berjaga-jaga selepas sebuah kandang mengandungi buaya didapati pecah dan reptilia tersebut dipercayai sedang berkeliaran di sungai berhampiran.

Detik.com melaporkan maklumat mengenai buaya itu terlepas diketahui selepas satu rakaman tular di media sosial menunjukkan seekor buaya merangkak keluar dari sebuah kandang di Pulan Bulan.

Iklan
Iklan

"Hello semua, inilah rupa buaya yang terlepas dari kandangnya yang pecah malam tadi sebab dinding yang mengelilinginya runtuh,"menurut rakaman suara dalam video tersebut.

Ketua Polis Bulan, Iptu Adyanto Syofyan yang mengesahkan kejadian itu berkata ia berlaku pada Ahad tengah hari selepas hujan lebat.

Iklan

"Ya ia berlaku ketika hujan lebat pada Ahad lalu dan lebih lima ekor buaya terlepas," katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati pagar yang dibina mengelilingi kandang tersebut dipercayai runtuh sejak beberapa hari lalu dan buaya berkenaan dipercayai masih berada di Pulau Bulan.

Iklan

Adyanto berkata, pihaknya kini bersiap sedia untuk ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, semua buaya yang melarikan diri itu berukuran 3 meter.

Justeru beliau turut menasihatkan warga sekitar kawasan itu khususnya komuniti nelayan diminta berwaspada dengan insiden itu kerana ia boleh mencetuskan risiko bahaya, selain meminta mana-mana pihak untuk segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak kelibat reptilia berkenaan.

Pusat pembiakan buaya bagi tujuan eksport itu dikendalikan syarikat Perkasa Jagat Kurnia. Ia dimiliki pengusaha warga Singapura Lim Sie Liong yang juga pemilik Salin Group. - Agensi