Pemandu nekad terjun dari lori terbakar

Iklan
Lori dipandu seorang lelaki warga emas terbakar dalam kejadian di Kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya di sini pada Isnin. Lori dipandu seorang lelaki warga emas terbakar dalam kejadian di Kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya di sini pada Isnin.
Lori dipandu seorang lelaki warga emas terbakar dalam kejadian di Kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya di sini pada Isnin.

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang warga emas bertindak nekad terjun daripada sebuah lori selepas kenderaan dipandunya itu terbakar dalam kejadian di Kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, laporan diterima mendapati lori terbabit dalam perjalanan dari Dengkil menghala ke Puchong.

"Siasatan mendapati, pemandu lori berumur 70-an itu menyedari asap keluar daripada bahagian enjin lori setibanya di lokasi kejadian.

Iklan

"Lelaki terbabit cuba memberhentikan lori itu di tepi jalan namun tidak sempat kerana api telah marak sebelum dia kemudiannya bertindak terjun keluar," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, kejadian mengakibatkan lori itu bergerak dengan sendiri.

Iklan

"Pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan ringan manakala lori terbabit hangus terbakar.

"Polis difahamkan pemandu berkenaan telah memaklumkan kemalangan kepada pemilik lori sebelum pemilik lori itu memintanya untuk membuat laporan," katanya.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati kejadian berpunca akibat over heating di bahagian enjin.