Pasti Darul Anuar rai 141 murid

Iklan
Murid-murid Pasti Darul Anuar, Pulau Melaka yang diraikan bergambar kenangan bersama tetamu dan guru. Murid-murid Pasti Darul Anuar, Pulau Melaka yang diraikan bergambar kenangan bersama tetamu dan guru.
Murid-murid Pasti Darul Anuar, Pulau Melaka yang diraikan bergambar kenangan bersama tetamu dan guru.

KOTA BHARU - Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Darul Anuar, Pulau Melaka di sini meraikan 141 murid-murid sempena Majlis Anugerah Prestasi dengan menyampaikan pelbagai anugerah sebagai penghargaan.

Timbalan Pengarah Majlis Anugerah Prestasi, Nik Hamdi Abdul Ghani berkata, majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka Pasti Darul Anuar, Pulau Melaka itu dirasmikan oleh Bendahari Pasti negeri Kelantan, Mohd Afif Rabbani Abdullah.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, majlis berkenaan juga diadakan sempena hari konvokesyen meraikan murid Tahun Enam yang berjaya menamatkan sesi 2024/2025.

"Sebagai menghargai usaha mereka, kesemua murid menerima sijil dan saguhati selain kata-kata semangat untuk berdepan cabaran baharu di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Iklan

Beliau memberitahu, beberapa murid Tahun Empat turut menerima Anugerah Pelajar Harapan.

Tambah beliau, bagi murid Tahun Lima dan Enam pula, terdapat lima kategori anugerah yang sampaikan iaitu Anugerah Celik Al-Quran, Celik Cerdas, Celik Minda, Celik Membaca dan Celik Sahsiah.

Iklan

"Keseluruhannya, semua murid menerima saguhati bagi meraikan kehadiran mereka pada hari tersebut,” katanya.