44 lelaki ditahan kes rogol remaja perempuan

Iklan
 Polis di Kerala, selatan India menahan 44 lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan dalam tempoh enam tahun. Gambar hiasan  Polis di Kerala, selatan India menahan 44 lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan dalam tempoh enam tahun. Gambar hiasan
Polis di Kerala, selatan India menahan 44 lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan dalam tempoh enam tahun. Gambar hiasan

NEW DELHI - Polis di Kerala, selatan India menahan 44 lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan dalam tempoh enam tahun.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu mendakwa kira-kira 60 lelaki telah melakukan penderaan seksual terhadapnya.

Iklan
Iklan

Polis pada Selasa memaklumkan pihaknya kini sedang memburu lebih ramai suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di daerah Pathanamthitta, Kerala.

Antara yang ditahan termasuk jurulatih sukan, rakan sekelas, dan penduduk dari kampung mangsa, menurut laporan media tempatan.

Iklan

Kes terbongkar baru-baru ini selepas para guru menyedari tingkah laku luar biasa gadis itu dan melaporkannya kepada jawatankuasa kebajikan kanak-kanak.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia menjadi mangsa rogol berkumpulan sekurang-kurangnya lima kali, lapor The Indian Express. - Bernama

Iklan