NASIB berbeza diharungi pemain badminton negara dalam pusingan pertama Kejohanan Terbuka India Super 750 yang berlangsung pada Selasa.
Beregu lelaki nombor dua dunia, Goh Sze Fei- Nur Izzuddin Ramsuni membuka gelanggang di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi dengan kemenangan ke atas Tan Wee Kiong-Nur Mohd Azriyn Ayub.
Sze Fei-Nur Izzuddin menang straight set, 21-16-21-16 ke atas Wee Kiong-Nur Mohd Azriyn dalam aksi yang berlangsung 41 minit.
Rentak itu diteruskan Wan Arif Junaidi-Yap Roy King yang tidak berdepan masalah menyingkirkan cabaran wakil Jerman, Daniel Hess-Marvin Seidel, straight set 21-11, 21-8 dalam masa 28 minit.
Beregu campuran, ChenTang Jie-Toh Ee Wei juga berjaya melepasi ranjau pusingan pertama apabila menyingkirkan cabaran wakil Taiwan, Ye Hong-wei-Nicole Gonzales Chan, 21-15, 21-16 dalam masa 32 minit.
Pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao juga mengesahkan kemaraan setelah mengejutkan Li Shi Feng dalam masa 78 minit.
Jun Hao yang tewas set pertama 18-21, bangkit dua set berikutnya untuk menghantar pulang jagoan China itu dengan kemenangan 21-17, 21-17.
Sementara itu, cabaran beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun berakhir selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Wei Chong-Kai Wun yang tewas set pertama 21-23 bangkit menang 21-19 mengikat kedudukan sebelum dipisahkan kekalahan pengalaman, 16-21 dalam masa 76 minit.
Satu lagi cabaran wakil negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut berakhir apabila tewas straight set kepada lawan dari Jepun,Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, 18-21, 15-21 dalam masa 30 minit.
Rabu, pemain negara akan menyambung cabaran pusingan pertama iaitu beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Wong Tien Ci-Chiew Sien.
Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita), Aaron Chia- Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Lim Tze Jian-Wong Tien Chi (beregu lelaki) juga dijangka beraksi.