Kaki tertusuk besi rim basikal, budak tahan sakit lebih setengah jam

Iklan
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menahan kesakitan selepas kakinya tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud. Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menahan kesakitan selepas kakinya tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud.
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menahan kesakitan selepas kakinya tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud.

KOTA BELUD - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih setengah jam apabila kakinya tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu segera dihantar ke hospital selepas pasukan bomba berjaya melepaskan rim basikal daripada kaki mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.23 petang.

Iklan

Katanya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Kota Belud untuk melakukan operasi tersebut.

"Pasukan bomba tiba di lokasi bertindak melepaskan rim basikal tersebut daripada kaki mangsa sebelum dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk tindakan imbasan X-ray dan rawatan lanjut.

Iklan

"Sekiranya pihak hospital memerlukan bantuan lanjut untuk memotong besi tersebut, mereka akan menghubungi pihak bomba semula," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Muhammad Syazwan berkata lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.30 petang selepas memastikan keadaan selamat.