DBKL keluar 11 notis kompaun terhadap kontraktor jalan

Iklan
Penguat kuasa DBKL dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia telah melakukan pemeriksaan terhadap kontraktor mengorek jalan dalam operasi pada Sabtu lalu. FOTO: DBKL Penguat kuasa DBKL dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia telah melakukan pemeriksaan terhadap kontraktor mengorek jalan dalam operasi pada Sabtu lalu. FOTO: DBKL
Penguat kuasa DBKL dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia telah melakukan pemeriksaan terhadap kontraktor mengorek jalan dalam operasi pada Sabtu lalu. FOTO: DBKL

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 notis kompaun dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap kontraktor melakukan kerja mengorek jalan secara menyalahi peraturan di sekitar ibu negara.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam operasi pada Sabtu lalu, penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Iklan
Iklan

"Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976; Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan 1997.

"DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Iklan
Iklan

"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/," kata kenyataan itu.