Anwar mula lawatan ke UK, dijadual temui rakan sejawatan

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mesyuarat pramajlis sempena lawatan kerja lima hari ke United Kingdom, bermula pada Rabu. Foto Bernama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mesyuarat pramajlis sempena lawatan kerja lima hari ke United Kingdom, bermula pada Rabu. Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mesyuarat pramajlis sempena lawatan kerja lima hari ke United Kingdom, bermula pada Rabu. Foto Bernama

LONDON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom (UK) dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.

Pertemuan berkenaan akan diadakan di No. 10, Downing Street pada jam 1 tengah hari waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

Iklan
Iklan

Anwar yang mewakili Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 dan Starmer, akan mengetuai delegasi masing-masing pada mesyuarat berkenaan yang memberi tumpuan kepada mengukuhkan hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar.

Iklan

Pada pertemuan itu kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh pelbagai isu dua hala serta situasi di Myanmar dan Palestin.

Kerajaan pimpinan Starmer telah menggantung penjualan beberapa senjata kepada Israel di samping meminta supaya bantuan kemanusiaan ke Gaza dan Tebing Barat dipercepatkan.

Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadualkan menghadiri pelancaran produk oleh YTL Group UK hari ini.

UK merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia di Eropah dengan jumlah perdagangan kedua-dua negara adalah RM15.30 bilion (AS$3.34 bilion) sehingga Novermber 2024. - Bernama