Derita pengawal keselamatan hidap kanser usus

Iklan
Rizam (tiga dari kiri) bersama wakil PERKESO dan kepimpinan masyarakat menziarahi Mohd Fairul di rumahnya di Kampung Sungai Air Tawar di sini pada Rabu. Rizam (tiga dari kiri) bersama wakil PERKESO dan kepimpinan masyarakat menziarahi Mohd Fairul di rumahnya di Kampung Sungai Air Tawar di sini pada Rabu.
Rizam (tiga dari kiri) bersama wakil PERKESO dan kepimpinan masyarakat menziarahi Mohd Fairul di rumahnya di Kampung Sungai Air Tawar di sini pada Rabu.

SABAK BERNAM - Seorang pesakit kanser usus tahap tiga tidak lagi mampu bekerja menampung keperluan keluarga berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot sejak tiga bulan lalu.

Mohd Fairul Mohd Latif, 42, berkata, sebelum ini, dia bekerja di Petaling Jaya sebagai pengawal keselamatan, namun akibat masalah kesihatan terpaksa pulang ke kampung di Sungai Air Tawar, di sini, bersama isterinya, Nor Aslinda Mohd Ibrahim, 34.

Iklan
Iklan

"Jika dulu, seminggu sekali saya pulang ke kampung menemui isteri, tetapi kini saya tidak lagi mempunyai kudrat untuk bekerja dan hanya mampu terbaring di atas katil dijaga oleh isteri," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Menurut Mohd Fairul, sebelum disahkan menghidap kanser usus, dia mengalami masalah sukar menjamah makanan.

Iklan

"Saya perasan bila makan sahaja pasti perut rasa sakit dan kerap ke tandas membuatkan tidak boleh duduk dan tidur lena sebelum mendapatkan rawatan di KK (Klinik Kesihatan) Sungai Air Tawar," ujarnya.

Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Tanjong Karang dan doktor mengesahkan menghidap kanser usus.

Iklan

"Mulanya hilang semangat selepas mengetahui keadaan kesihatan, namun sokongan daripada isteri, ibu bapa serta rakan-rakan membuatkan saya kuat untuk sembuh," jelas Mohd Fairul.

Anak sulung daripada lima beradik itu memberitahu, kini perlu menjalani rawatan kemoterapi tiga bulan sekali di Hospital Kuala Lumpur.

"Walaupun rutin saya tak seperti dulu, namun saya mampu menguruskan diri sendiri untuk ke tandas," ujarnya.

Mohd Fairul berkata, keadaan kesihatannya semakin merosot menyebabkan isterinya yang sebelum ini bekerja membuat biskut terpaksa berhenti kerja.

"Isteri banyak membantu selama sakit dan memberi perhatian sepenuhnya untuk menjaga saya di rumah.

"Saya berdoa kesihatan saya kembali pulih dan mampu untuk bekerja semula untuk mencari rezeki," katanya yang masih belum memiliki cahaya mata.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail turut berkesempatan menziarahi keluarga berkenaan.

Rizam yang juga Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, berkata, pihaknya turut membawa masalah kesihatan Mohd Fairul kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk tindakan lanjut.

"Hari ini saya telah melawat keluarga ini dan pihak PERKESO telah memberi bantuan seperti kerusi roda dan bakul makanan.

"Dalam masa sama, PERKESO akan menguruskan pencen ilat kepada Mohd Fairul yang tidak lagi mampu bekerja," jelasnya.