Plak khas bantu ibu bapa kenal pasti taska berdaftar

Iklan
Anfaal (tiga dari kiri) menziarahi keluarga yang kehilangan bayi berusia empat bulan meninggal dunia di sebuah taska tidak berdaftar dalam kejadian 3 Januari lalu. Anfaal (tiga dari kiri) menziarahi keluarga yang kehilangan bayi berusia empat bulan meninggal dunia di sebuah taska tidak berdaftar dalam kejadian 3 Januari lalu.
Anfaal (tiga dari kiri) menziarahi keluarga yang kehilangan bayi berusia empat bulan meninggal dunia di sebuah taska tidak berdaftar dalam kejadian 3 Januari lalu.

KUALA LANGAT - Kerajaan negeri mencadangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mewajibkan setiap taska mempamerkan sijil berdaftar di premis masing-masing.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, pengenalan plak khusus bagi tujuan itu dapat memudahkan ibu bapa mengenal pasti taska yang sah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, cadangan itu diusulkan bagi mengelak tragedi bayi berusia empat bulan meninggal dunia di taska tidak berdaftar dalam kejadian 3 Januari lalu tidak berulang.

"Kesedaran mengenai kewujudan taska tidak berdaftar perlu dipertingkatkan selain memohon orang ramai melaporkan kewujudan taska sebegini.

Iklan

"Kami turut mencadangkan agar pengusaha taska menjalani latihan keselamatan, termasuk menyediakan kit AED (defibrilator luaran automatik) untuk kecemasan," katanya menerusi kenyataan.

Pada Jumaat, Anfaal mengadakan ziarah kepada keluarga bayi berkenaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Michelle Ng serta pegawai JKM.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kematian bayi lelaki itu dilaporkan seorang doktor pada jam 3.29 petang, 3 Januari lalu.

Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Anfaal berkata, di peringkat kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan (JKPPP).

"Jawatan kuasa ini untuk menyelaras pendaftaran taska dan mempercepat proses tersebut.

"Saya berharap dengan langkah-langkah yang akan diambil ini, kita dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita di masa hadapan," katanya.