Titah Adendum: Kerajaan nafi arah AGC fail perintah larangan bersuara

Iklan
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi pada Rabu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi pada Rabu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi pada Rabu.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan tidak pernah mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah larangan bersuara (gag order) berhubung isu Titah Adendum.

Perkara itu disahkan Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil menerusi sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Perkara ini tidak dibincangkan (dalam mesyuarat Kabinet) dan kami tidak mengarahkan AGC," katanya.

Kerajaan dilapor akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah berkenaan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin depan.

Iklan

Antara alasan yang dikemukakan adalah untuk melindungi institusi diraja kerana perbicaraan Titah Adendum akan menyentuh isu 3R iaitu raja, agama dan kaum.

Ia mengundang pelbagai kritikan pelbagai pihak termasuk daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyifatkan ia suatu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Iklan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara dibenar memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Najib, 72, mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 2 Februari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah mengurangkan hukuman penjara beliau daripada 12 tahun kepada 6 tahun, dengan tarikh pembebasan dijadualkan pada 23 Ogos 2028.