Berbasikal datang tebus tiket Escape

Iklan
Anthony menunjukkan keratan akhbar yang dikumpul bagi menebus tiket Taman Tema Escape.

PERAI - Seorang warga emas sanggup menunggang basikal hampir 10 kilometer semata-mata ingin menebus tiket Taman Tema Escape di Pejabat Sinar Harian, di sini pagi tadi.

Anthony Lio Nel, 62, dari Taman Chai Leng di sini berkata, walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh dalam cuaca panas, namun ia bukan masalah baginya yang gemar berbasikal ke mana-mana.

Iklan
Iklan

"Memang saya selalu membaca Sinar Harian di warung kopi setiap kali bersarapan dan sejak mengetahui mengenai peraduan ini, saya akan beli dan kumpul keratan akhbar ini.

"Walaupun saya hanya menebus satu tiket, namun saya berasa puas kerana dapat sampai ke sini hari ini dan merancang akan ke Taman Tema Escape minggu depan untuk bersantai," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Iklan
Anthony antara 800 pembaca yang datang menebus tiket Taman Tema Escape di Pejabat Sinar Harian, Perai di sini.

Proses penebusan tiket diadakan hari ini dan esok bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.