Terima rasuah RM6,000 sembunyikan aktiviti jual ketum

Iklan
SPRM menahan dua penguat kuasa di Kedah kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas penjualan ketum di negeri itu. SPRM menahan dua penguat kuasa di Kedah kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas penjualan ketum di negeri itu.
SPRM menahan dua penguat kuasa di Kedah kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas penjualan ketum di negeri itu.

SHAH ALAM - Terima rasuah untuk tidak ambil tindakan penjualan ketum, dua anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Menurut sumber, dua penjawat awam itu ditahan reman kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas penjualan ketum di negeri tersebut.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, perintah reman selama lima hari sehingga Ahad telah dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah pada Rabu.

Kata sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan sekitar jam 2 petang pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di SPRM Kedah.

Iklan

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar Jun 2023.

"Kedua-dua suspek telah menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada peniaga ketum sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas aktiviti-aktiviti tersebut," katanya pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.