PM Thailand nyaris jadi mangsa scammer guna teknologi AI

Iklan
Paetongtarn gesa semua pihak supaya sentiasa berwaspada.  Foto Agensi Paetongtarn gesa semua pihak supaya sentiasa berwaspada.  Foto Agensi
Paetongtarn gesa semua pihak supaya sentiasa berwaspada. Foto Agensi

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra memberi amaran tentang penipuan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Beliau bercakap tentang isu tersebut ketika mesyuarat dasar untuk bajet fiskal 2026 pada Rabu.

Iklan
Iklan

Anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu mendedahkan beliau menjadi sasaran scammer menggunakan AI untuk meniru suara salah seorang pemimpin Asia.

"Penipu itu cuba meminta derma bagi pihak 'negara' mereka. Pada mulanya, dia menghantar klip suara menerusi aplikasi sembang dan memperkenalkan dirinya sebagai 'pemimpin' tersebut yang berhasrat mahu menjalinkan kerjasama," ujarnya.

Iklan

Menurutnya, dia membalas dengan mesej teks dan scammer tersebut memaklumkan akan menghubunginya semula.

"Dia menghantar klip suara sekali lagi untuk meminta derma dan mendakwa Bangkok satu-satunya negara Asean yang belum memberi sumbangan.

Iklan

"Mesej suara tersebut agak mencurigakan. Nombor akaun yang diberikan juga bukan milik negara jiran seperti didakwa olehnya," jelas pemimpin berusia 38 tahun itu lagi.

Paetongtarn kemudiannya mengarahkan Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat, Prasert Chantararuangthong supaya melakukan siasatan.

"Saya percaya scammer itu mendapat nombor saya daripada teman rapat yang terpedaya dengan geng tersebut. Saya berharap semua orang sentiasa berwaspada apabila menerima mesej suara atau panggilan sesiapa," katanya lagi. - Agensi