PERKEMBANGAN arus teknologi pada zaman milenial kini tidak 'membejatkan' usaha individu tidak bertanggungjawab untuk mengamalkan sihir.
Lantaran itu, al-Quran yang menjadi panduan hidup kita dilengkapi dengan amalan yang boleh dilazimi bagi mematahkan gangguan-gangguan akibat perbuatan manusia dan makhluk-makhluk lain.
Al-Falaq menjadi surah pilihan yang boleh menjadi pendinding diri bagi kita.
Ini kerana antara sebab penurunan ayat itu mempunyai perkaitan rapat dengan peristiwa Rasulullah SAW disihir oleh seorang lelaki Yahudi.
Apakah peristiwa berkenaan? Apakah ibrah yang cuba disampaikan dalam ayat 4 dan 5 Surah al-Falaq?
Ayuh bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah yang akan mengupas lanjut mengenainya dalam segmen Kapsul Surah pada hari ini.
(ARTIKEL BERKAITAN: Al-Falaq antara surah yang tiada tandingan)
(ARTIKEL BERKAITAN: Surah al-Falaq mengajar kita mohon perlindungan ALLAH)