Calon Setiausaha Pertahanan Trump dikritik kurang pengetahuan tentang ASEAN

Iklan
Pete Hegseth dikritik hebat selepas menunjukkan pengetahuan yang terhad tentang ASEAN semasa sesi pengesahan di Senat pada Selasa. - Foto: Agensi Pete Hegseth dikritik hebat selepas menunjukkan pengetahuan yang terhad tentang ASEAN semasa sesi pengesahan di Senat pada Selasa. - Foto: Agensi
Pete Hegseth dikritik hebat selepas menunjukkan pengetahuan yang terhad tentang ASEAN semasa sesi pengesahan di Senat pada Selasa. - Foto: Agensi

KUALA LUMPUR - Calon Setiausaha Pertahanan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik, Donald Trump, Pete Hegseth dikritik hebat selepas menunjukkan pengetahuan yang terhad tentang ASEAN semasa sesi pengesahan di Senat pada Selasa.

Dalam sesi yang disiarkan secara meluas oleh rangkaian utama AS itu, Hegseth diajukan soalan oleh Senator AS Tammy Duckworth, ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, mengenai pemahamannya terhadap negara anggota ASEAN serta kepentingan strategik mereka.

Iklan
Iklan

"Bolehkah anda nyatakan kepentingan sekurang-kurangnya satu negara di ASEAN, jenis perjanjian yang kita ada dengan negara itu, dan berapa jumlah negara dalam ASEAN?” soal Duckworth.

Hegseth mengakui bahawa beliau tidak dapat memberikan jumlah tepat negara ASEAN dan sebaliknya menyebut Korea Selatan, Jepun, dan Australia.

Iklan

"Tiada satu pun daripada negara yang anda sebut itu adalah anggota ASEAN,” balas Duckworth sambil membetulkannya.

"Saya cadangkan anda buat sedikit kajian sebelum mempersiapkan diri untuk rundingan seperti ini,” katanya.

Iklan

ASEAN yang terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand, melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh lima anggota pengasas: Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Pada tahun ini, Malaysia memegang jawatan pengerusi ASEAN dengan bertemakan"Keterangkuman dan Kemampanan".

AS kini mempunyai perjanjian pertahanan dengan Filipina dan Singapura.

Walaupun Hegseth pernah berkhidmat sebagai pegawai infantri dalam Tentera Pengawal Kebangsaan pada awal tahun 2000-an dengan penugasan ke Afghanistan, Iraq, dan Teluk Guantanamo, beliau tidak mempunyai pengalaman luas dalam penggubalan dasar pertahanan.

Latar belakang profesionalnya sepanjang dekad yang lalu adalah sebagai pengulas Fox News. - Bernama