Akhyar milik Terengganu FC

Iklan
Akhyar menandatangani kontrak selama dua musim dengan Terengganu FC. Akhyar menandatangani kontrak selama dua musim dengan Terengganu FC.
Akhyar menandatangani kontrak selama dua musim dengan Terengganu FC.

PEMAIN sayap, Muhammad Akhyar Rashid telah menandatangani kontrak selama dua musim dengan Terengganu FC sekali gus mengekalkannya di kelab Pantai Timur itu.

Menurut Terengganu FC dalam satu kenyataan, Akhyar yang sebelum ini dipinjamkan dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2024/2025 telah memberikan impak yang cukup baik dalam meningkatkan kualiti pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

Justeru, Terengganu telah membuat permohonan secara rasmi untuk menandatangani pemain ini secara tetap dari kelab JDT dan ia diperkenankan oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail.

"Tunku Mahkota Ismail bersetuju untuk melepaskan Akhyar khas untuk kelab Terengganu FC dan pemain ini boleh beraksi bersama Terengganu FC sebagai pemain tetap.

Iklan

"Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keputusan ini dan diharapkan kehadiran Akhyar ini terus mampu meningkatkan lagi kualiti pasukan ini untuk baki musim ini dan musim-musim akan datang," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyifatkan keputusan untuk Akhyar terus bersama Terengganu sebagai salah satu cara bagi memelihara salah seorang pemain yang dikira sebagai aset pasukan kebangsaan.

Iklan

"Melihatkan peningkatan kualiti Akhyar secara terus menerus bersama kelab ini, keputusan yang dilakukan untuk melepaskan beliau untuk bersama Terengganu FC secara tetap ini dilihat sebagai salah satu cara bagi memelihara salah seorang pemain yang dikira sebagai aset pasukan kebangsaan.

"Akhyar Rashid akan kekal bersama Terengganu FC sehingga musim 2026/2027," kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Akhyar juga mengucapkan terima kasih buat kelab JDT dan juga Tunku Mahkota Ismail atas segala yang telah dicurahkan kepada beliau sehingga menjadi seorang pemain yang profesional.