Mindef nafi pemberhentian Panglima ATM kerana kontrak helikopter RM16 bilion

Iklan
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa tiada sebarang kaitan antara pemberhentian atau pertukaran panglima-panglima ATM dengan proses pajakan helikopter. Gambar hiasan Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa tiada sebarang kaitan antara pemberhentian atau pertukaran panglima-panglima ATM dengan proses pajakan helikopter. Gambar hiasan
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa tiada sebarang kaitan antara pemberhentian atau pertukaran panglima-panglima ATM dengan proses pajakan helikopter. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menafikan laporan berita yang tular di media sosial berkenaan dakwaan pemberhentian Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara disebabkan kontrak helikopter bernilai RM16 bilion.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa tiada sebarang kaitan antara pemberhentian atau pertukaran panglima-panglima ATM dengan proses pajakan helikopter seperti yang ditularkan.

Iklan
Iklan

"Satu laporan berita palsu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan laporan polis juga telah dibuat sebagai langkah untuk memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas pihak yang menghebahkan berita palsu," katanya.

Menurut kenyataan itu, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tular di media sosial kerana ia boleh membentuk persepsi negatif kepada pertahanan negara yang boleh mengugat keamanan.

Iklan

"Adalah ditegaskan menyebarkan berita palsu adalah kesalahan undang-undang yang boleh didakwa, antara lain di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Iklan