Fenomena ombak besar: Kerang terdampar

Iklan
ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk mencari kerang yang terdampar di persisir pantai berikutan fenomena ombak besar semasa tinjauan di Pantai Sura hari ini.

Suasana di pantai tersebut seperti 'pesta' apabila ratusan penduduk setempat berpusu-pusu mengutip kerang yang boleh dimasak dengan pelbagai sajian enak sejak petang semalam.

Fenomena kerang terdampar di pantai di negeri ini pada musim Monsun Timur Laut adalah saat yang ditunggu-tunggu rakyat negeri ini, kerana hidupan laut itu akan terdampar di pantai tertentu berikutan ombak besar.

Tinjauan fotoBernama mendapati penduduk setempat tiba dengan membawa pelbagai peralatan seperti bakul, sauk dan guni bagi mengumpul hasil laut tersebut serta turut berkongsi hasil tangkapan itu dengan mereka yang lain.