Selangor belum muktamad lokasi acara pembukaan Sukma 2026

Iklan
Amirudin ketika ditemui pada sidang akhbar sidang akhbar Kejohanan PKNS Selangor Masters dan Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa 2025 Kelab Golf Seri Selangor. Amirudin ketika ditemui pada sidang akhbar sidang akhbar Kejohanan PKNS Selangor Masters dan Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa 2025 Kelab Golf Seri Selangor.
Amirudin ketika ditemui pada sidang akhbar sidang akhbar Kejohanan PKNS Selangor Masters dan Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa 2025 Kelab Golf Seri Selangor.

KERAJAAN Selangor belum memuktamadkan lokasi utama majlis perasmian dan penutup Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa lokasi telah dicadangkan bagi tujuan itu susulan Stadium Shah Alam yang masih dalam status pembinaan.

Iklan
Iklan

"Kalau ikut jadual pembinaan Stadium Shah Alam akan disiapkan pada suku pertama 2027 tetapi kita tak nak tergesa-gesa dalam proses penyiapan itu kerana ia boleh sebabkan kualitinya terganggu.

"Kita akan bincang bersama pihak pembangunan stadium mengenainya selain turut menyenaraikan beberapa pilihan lain seperti Stadium Merdeka, Stadium Nasional Bukit Jalil atau secara tertutup di Stadium Malawati," katanya mengulas persiapan penganjuran Sukma Selangor 2026 pada Rabu.

Iklan

Beliau ditemui pada sidang akhbar sidang akhbar Kejohanan PKNS Selangor Masters dan Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa 2025 Kelab Golf Seri Selangor.

Menurutnya, mesyuarat pertama persediaan penganjuran Sukma itu bakal diadakan Isnin depan yang akan meneliti secara keseluruhan persiapan tersebut.

Iklan

Jelas beliau, keputusan lokasi utama Sukma itu akan dimuktamadkan kemudian selepas meneliti persiapan lain seperti jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dan lain-lain aspek berkaitan.

"Itu antara pilihan stadium yang ada setakat ini, tapi bagi acara padang dan trek boleh menggunakan seperti Stadium Kota Raja atau Petaling Jaya.

"Kebiasaan penganjuran penuh pada pembukaan dan penutup, jika acara biasa, saya rasa stadium sedia ada sudah cukup dan memadai," katanya.

Ujarnya, kerajaan negeri turut akan melihat keperluan penggunaan fasiliti di daerah-daerah lain.

"Secara asas kemudahan sukan di Selangor tidak tertumpu kepada satu tempat sahaja tapi kita akan lihat dari segi pelaksanaan. Kalau gunakan kemudahan di Sabak Bernam akhirnya akan libatkan isu jarak dan kos.

"Bagaimanapun perkara itu bergantung kepada jawatankuasa Sukma yang akan memberikan cadangan," katanya.