Hasrat Friend mahu Malaysia ke Piala Dunia

Iklan
Friend akan mengatur perancangan jangka panjang untuk memacu Harimau Malaya. - Foto: FAM Friend akan mengatur perancangan jangka panjang untuk memacu Harimau Malaya. - Foto: FAM
Friend akan mengatur perancangan jangka panjang untuk memacu Harimau Malaya. - Foto: FAM

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Rob Friend menyimpan impian mahu melihat Harimau Malaya menjejakkan kaki ke Piala Dunia.

Menurut Friend, ia menjadi cita-citanya selepas dilantik sebagai CEO pasukan negara selain perancangan jangka panjang yang akan diatur bagi memastikan kejayaan demi kejayaan mampu diraih Harimau Malaya.

Iklan
Iklan

"Kita perlu merangka strategi untuk membina kejayaan jangka panjang. Saya tidak berada di sini untuk kejayaan jangka pendek. Saya di sini adalah untuk membina model jangka panjang buat pasukan kebangsaan dan itu mengambil masa.

"Ia ibarat kita membina rumah, kita perlu mengukuhkan tapaknya terlebih dahulu agar ia bertahan lama.

Iklan

"Kita perlu mengenal pasti beberapa permasalahan dan dengan visi Tunku Mahkota Ismail (Pemangku Sultan Johor) untuk menjadi lebih baik, harapnya Malaysia dapat melangkah ke Piala Dunia kerana itu cita-cita saya,” katanya.

Beliau turut melihat saingan pembukaan Kelayakan Piala Asia 2027 amat penting sebagai permulaan bagi merangka model terbaik sekali gus membantu Harimau Malaya membina momentum menjelang aksi berikutnya.

Iklan

Friend juga enggan menoleh ke belakang lagi, sebaliknya mahu memastikan proses membentuk pasukan kebangsaan diperkemas dari segenap aspek.

Malah, beliau mahu melakukan analisis prestasi setiap lapisan pasukan kebangsaan secara menyeluruh sebelum merangka pelan terbaik bagi tempoh jangka panjang.

"Kita ada pelan jangka pendek, pertengahan dan panjang. Tugasan pertama kita adalah kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac depan menentang Nepal dan ia amat penting buat pasukan kebangsaan.

"Jadi, sebagai langkah awal, kita mengumpulkan barisan kejurulatihan terbaik dunia seperti Dr Craig Duncan selaku Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan.

"Kita juga ada (ketua jurulatih) Peter Cklamovski yang pada saya merupakan salah seorang jurulatih terbaik di dunia,” katanya.