Empat lelaki diberkas terlibat kes pukul

Iklan
Rakaman video tular memaparkan mangsa dipukul sekumpulan lelaki di Semenyih pada 29 Disember lalu. Rakaman video tular memaparkan mangsa dipukul sekumpulan lelaki di Semenyih pada 29 Disember lalu.
Rakaman video tular memaparkan mangsa dipukul sekumpulan lelaki di Semenyih pada 29 Disember lalu.

KAJANG - Seramai empat lelaki ditahan secara berasingan kerana disyaki terlibat dalam kes pukul seorang individu di Semenyih, pada 29 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular yang memaparkan berkaitan kejadian itu, pada jam 10.30 pagi, Rabu.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 5.45 petang, 29 Disember lalu. Dua suspek telah ditangkap pada 8 Januari dan 12 Januari lalu, manakala dua lagi suspek ditahan hari ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Naazron berkata, hasil semakan ke atas kesemua suspek berusia 32 hingga 36 tahun itu mendapati hanya tiga daripada mereka mempunyai rekod dadah dan jenayah.

Iklan

"Kes masih dalam siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Mohd Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236 bagi membantu siasatan," ujarnya.