BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie memulakan langkah cemerlang pada kempen Terbuka India 2025 apabila berjaya menempah tiket ke pusingan kedua dengan menundukkan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati hari ini.
Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Indira Gandhi Sports Complex, Soon Huat-Shevon tampil bertenaga apabila hanya mengambil masa 36 minit untuk mengatasi ranking ke-21 dunia itu dengan kemenangan straight set, 21-17, 21-17.
Iklan
Iklan
Pasangan pilihan keempat kejohanan itu bakal dijadualkan bertemu pasangan Jepun Yuta Watanabe dan Maya Taguchi dalam saingan 16 terbaik esok.
Watanabe dan Taguchi sebelum ini mempamerkan aksi meyakinkan untuk menyingkirkan satu lagi beregu campuran profesional negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien menerusi kemenangan 21-17, 21-15 pada pusingan pertama.
Sementara itu, dua beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Lim Tze Jian-Wong Tien Ci turut menerima nasib yang sama apabila tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan pertama hari ini.
Yew Sin-Ee Yi tumpas kepada ranking ketiga dunia dari China, Wang Chang-Liang Wei Keng dalam perlawanan sengit yang berakhir dengan keputusan 12-21, 21-19 dan 15-21 manakala Tze Jian-Tien Ci pula kalah kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, 21-19, 10-21 dan 14-21.
Artikel Berkaitan