Kazakhstan terima data kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines

Iklan
Pesawat Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny itu terhempas berhampiran Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember lalu. Foto Agensi Pesawat Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny itu terhempas berhampiran Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember lalu. Foto Agensi
Pesawat Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny itu terhempas berhampiran Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember lalu. Foto Agensi

ASTANA (Kazakhstan) - Dua kotak hitam milik pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran Aktau telah dihantar ke Kazakhstan dari Brazil, lapor Agensi Berita Kazinform memetik kementerian pengangkutan.

Data yang telah dinyahsulit daripada perakam penerbangan (kotak hitam) yang dihantar ke Kazakhstan sedang dikaji oleh pakar, menurut kementerian itu.

Iklan
Iklan

Laporan awal ditetapkan untuk dikeluarkan berikutan penyiasatan menyeluruh ke atas semua fakta dan bahan oleh suruhanjaya penyiasatan nahas pesawat mengikut piawaian dan amalan disyorkan dalam Lampiran 13 ICAO. Ia akan merangkumi maklumat fakta mengenai penyiasatan itu.

Terdahulu, Kazinform melaporkan bahawa pakar dari Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik (Cenipa) Tentera Udara Brazil telah mula menganalisis data daripada kotak hitam pesawat Embraer 190 milik Azerbaijan Airlines.

Iklan

Pada 30 Disember, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa siasatan menyeluruh, tidak berat sebelah, dan telus terhadap nahas tragik membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines penerbangan 8243 pada 25 Disember 2024.

Pesawat Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny itu terhempas berhampiran Aktau, Kazakhstan. Pesawat itu membawa 67 orang termasuk lima kru. Tragedi itu mengorbankan 38 orang manakala 29 lagi terselamat.

Iklan