Seorang penunggang motosikal melintasi jalan dengan berlatar belakangkan keadaan pokok kelapa yang ditiup angin kencang ketika tinjauan FotoBernama di Kampung Jambu Bongkok, Marang, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5-4.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga 18 Januari 2025.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Foto Bernama