Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin

Iklan
Anwar ketika bertemu dengan Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer, di 10 Downing Street, London, hari ini. Foto Bernama Anwar ketika bertemu dengan Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer, di 10 Downing Street, London, hari ini. Foto Bernama
Anwar ketika bertemu dengan Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer, di 10 Downing Street, London, hari ini. Foto Bernama

LONDON - Malaysia dan United Kingdom cukup optimis untuk mendapatkan penyelesaian dalam isu rakyat Palestin dan Gaza secepat mungkin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan semasa pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street di sini hari ini.

Iklan
Iklan

"Kami membincangkan penyelesaian bagi isu rakyat Palestin dan Gaza dengan (resolusi) muktamad untuk mereka mencapai penyelesaian dua negara.

"Namun, sebelum itu (perlu) gencatan senjata segera. Kami begitu optimis untuk memperoleh penyelesaian secepat mungkin,” kata beliau kepada media selepas pertemuan itu.

Iklan

Kritikan Anwar terhadap kekurangan tindakan oleh negara Barat terhadap kekejaman Israel di Gaza telah menarik sokongan daripada tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang di seluruh dunia.

Dalam pada itu, kerajaan pimpinan Starmer yang mula mentadbir enam bulan lepas, telah menggantung penjualan senjata tertentu kepada Israel dan memohon bantuan kemanusiaan kepada Gaza dan Tebing Barat dipercepat.

Iklan

Menurut laporan media, setakat 8 Januari 2025 lebih 47,000 orang dilaporkan terbunuh sejak perang tercetus di Gaza pada Oktober 2023. - Bernama