KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seorang guru Malaysia, Muhammad Nazmi Rosli atas pengiktirafan sebagai antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2025.
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata, keikhlasan Muhammad Nazmi mendidik anak bangsa dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar di Sarawak adalah contoh kepimpinan pendidikan yang membanggakan.