Jakim sekali lagi sahkan sandwic 'ham & cheese' tiada sijil halal

Iklan
Sirajuddin (Laporan Sinar Harian berhubung kenyataan syarikat pengeluar mengenai sandwic 'ham & cheese') Sirajuddin (Laporan Sinar Harian berhubung kenyataan syarikat pengeluar mengenai sandwic 'ham & cheese')
Sirajuddin (Laporan Sinar Harian berhubung kenyataan syarikat pengeluar mengenai sandwic 'ham & cheese')

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menegaskan bahawa produk sandwic ‘ham & cheese’ bukan sahaja tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), malah syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pemeriksaan tersebut dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Hasilnya, tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 telah diambil oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Dalam konteks pensijilan halal Malaysia, mana-mana produk atau perkhidmatan tidak boleh diperihal halal dan ditanda dengan halal selagi mana tiada pengesahan mahupun perakuan daripada Pihak Berautoriti Pensijilan Halal Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, syarikat pengeluar sandwic mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jakim.

Shake And Bake Cafe Sdn Bhd dalam kenyataan pada Rabu, berkata penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.

Iklan

Dalam pada itu, Sirajuddin berkata, penggunaan sijil halal pembekal tidak melayakkan sesuatu produk itu diperakui halal.

"Hal ini kerana sesuatu produk hanya boleh diperakui halal oleh pihak berautoriti setelah memenuhi standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia yang merangkumi aspek pengendalian, penyediaan, serta pemprosesan secara keseluruhan.

"Oleh itu, Jakim menggesa pengusaha di luar sana supaya cakna terhadap peruntukan undang-undang yang digunapakai bagi mengelakkan daripada perkara sebegini berulang,” ujarnya.