SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pelawak Shuib dan Mamat Sepah menangguhkan hasrat mereka untuk menunaikan umrah pada bulan puasa tahun ini dengan sebuah agensi yang kini tular kerana gagal menghantar lebih 300 jemaah ke Tanah Suci.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, ini kerana terdapat pelbagai masalah yang timbul.
"Mulanya semua nampak tiada masalah untuk bekerjasama namun kita nampak macam-macam yang timbul.
Shuib turut berharap agar identiti mereka tidak disalahgunakan untuk tujuan tertentu.
"Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi.
"Insya-ALLAH ada rezeki lain Mat, kita doa ada agensi lebih sesuai yang boleh bawak kita pergi umrah Mat. Boleh cadang mana agensi umrah yang boleh dipercayai? ujarnya.
Pada Selasa, kecoh di media sosial apabila kira-kira lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke tanah suci namun ditunda syarikat pengendali umrah.