Wanita rugi lebih RM2.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud

Iklan
Mangsa telah membuat sebanyak 31 kali transaksi ke 11 akaun bank berbeza dan tiga akaun kripto. - Gambar hiasan Mangsa telah membuat sebanyak 31 kali transaksi ke 11 akaun bank berbeza dan tiga akaun kripto. - Gambar hiasan
Mangsa telah membuat sebanyak 31 kali transaksi ke 11 akaun bank berbeza dan tiga akaun kripto. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang wanita kerugian lebih RM 2.2 juta selepas terpedaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud pada Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 46 tahun telah melihat iklan berkaitan pelaburan itu di aplikasi Facebook.

Iklan
Iklan

"Mangsa telah menghubungi satu nombor telefon yang tertera di iklan itu, pengadu kemudiannya diminta untuk membuat bayaran bagi mendapatkan keuntungan.

"Pengadu telah membuat sebanyak 31 kali transaksi ke 11 akaun bank berbeza dan tiga akaun kripto," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Hussein berkata, setelah semua transaksi dibuat, mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.

"Wanita itu berasa telah ditipu dan mengalami kerugian sebanyak RM 2,219 217.83," katanya.

Iklan

Hussein berkata, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan tawaran pelaburan dalam platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.