Kertas siasatan tayar lori punca tujuh maut dirujuk TPR

Iklan
JPJ Melaka melakukan Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam, di Melaka, pada tengah malam Rabu. JPJ Melaka melakukan Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam, di Melaka, pada tengah malam Rabu.
JPJ Melaka melakukan Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam, di Melaka, pada tengah malam Rabu.

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengesahkan kertas siasatan terhadap syarikat lori yang didakwa menyebabkan tujuh maut dalam kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, ini bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil sebelum sebarang pendakwaan dilakukan terhadap pengusaha lori dari Johor itu.

Iklan
Iklan

"Kita telah serahkan kertas siasatan lengkap dan masih tunggu keputusan pihak TPR untuk tindakan selanjutnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

"Pengusaha lori terbabit sudah dipanggil untuk kita jalankan siasatan dan sebarang perkembangan daripada TPR akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Bersepadu Khas bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Batu Berendam, di sini, pada tengah malam Rabu.

Mohd Hafizee (tengah) menahan seorang warga asing disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa di negara ini. Mohd Hafizee (tengah) menahan seorang warga asing disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.
Mohd Hafizee (tengah) menahan seorang warga asing disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.

Hadir sama, Timbalan Penolong Pengarah JIM Melaka, Mohd Hafizee Ramli.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan nahas meragut tujuh nyawa berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, nahas membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah Perodua Bezza turut mengakibatkan 33 mangsa lain cedera.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Firdaus berkata, sebanyak 463 kenderaan dikesan melakukan 275 kesalahan daripada keseluruhan 4,075 kenderaan yang diperiksa sepanjang operasi itu yang bermula pada jam 8 malam.

Muhammad Firdaus (dua, kiri) memeriksa LKM seorang penunggang motosikal.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati kesalahan tertinggi yang direkodkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans tamat tempoh dengan sebanyak 103 kes, lesen memandu tamat tempoh (68), kesalahan teknikal (48) dan lain-lain kesalahan sebanyak 56 kes.

Ujarnya seramai enam pemandu warga asing (PeWA) terdiri daripada dua warga Bangladesh serta masing-masing satu warga Indonesia, Pakistan, Vietnam dan Thailand turut ditahan atas kesalahan LKM dan insurans serta lesen memandu tamat tempoh.

Malah JIM juga menahan tiga lelaki warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa," katanya lagi.