Perjanjian gencatan senjata belum lengkap - Netanyahu

Iklan
Israel terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas Gaza. Foto AFP Israel terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas Gaza. Foto AFP
Israel terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas Gaza. Foto AFP

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada lewat Rabu sekali lagi cuba berdolak-dalik apabila menyatakan perjanjian gencatan senjata bersama Hamas belum lengkap dan butiran akhir sedang diusahakan.

Kenyataan itu dibuat pemimpin 'ekstremis' itu, beberapa jam selepas sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) dan Qatar selaku negara perantara mengumumkan khabar gembira buat penduduk Gaza itu.

Iklan
Iklan

Netanyahu juga tidak menyatakan secara jelas sama ada beliau menerima perjanjian itu.

"Saya hanya akan mengeluarkan respons rasmi selepas butiran akhir dipersetujui," katanya.

Iklan

Netanyahu turut mendakwa Hamas kononnya mengubah keputusan awal berhubung persetujuan untuk membebaskan tahanan Palestin.

Dakwaan beliau dikhuatiri menjadi penghalang kepada pelaksanaan perjanjian damai tersebut.

Iklan

Di bawah perjanjian tiga fasa itu, Hamas akan membebaskan baki tawanan di Gaza sebagai pertukaran dengan ratusan tahanan Palestin.

"Hamas membantah sebahagian kandungan perjanjian itu yang memberi kelebihan kepada Tel Aviv untuk menolak pembebasan beberapa tahanan Palestin.

"Hamas tetap mahu menentukan senarai tersebut," ujar Netanyahu ketika mengulangi alasan seperti dinyatakan ketika pusingan rundingan sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mesir, Qatar dan AS selaku negara perantara akan mengadakan perbincangan lanjut di Kaherah mengenai pelaksanaan kesemua aspek perjanjian damai tersebut.

Pegawai kanan Washington memberitahu perunding mahu memastikan Hamas dan Israel tidak berdepan sebarang kekeliruan serta pelaksanaan tempoh bertenang itu dapat dikuatkuasakan dengan lancar. - Agensi