KOLEKSI terbaharu Todd Snyder ada mesej tersendiri untuk peminat jenama itu dan bukan sekadar pertunjukan fesyen musim luruh 2020 semata-mata.
Persoalan demi persoalan terpampang pada skrin gergasi mengiringi langkah gagah si model memperagakan 40 koleksi kapsul rekaan unik dengan rona garang memukau.
"There will come a time in your life where you will ask yourself the serious questions,” mengiringi runut bunyi pertunjukan fesyen Snyder.
Sebelum itu muncul satu lagi persoalan"Am I happy with who I am?” dan"Do I have a life or am I just living?” sambil si model memperagakan sut hijau alga dan rompi memancing.
Jika diperhalusi, kombinasi koleksi yang dipamerkan menterjemahkan hubung kait revolusi transisi Underground Revolution’s 2002 dengan koleksi pereka fesyen terkemuka New York itu atas nama jenama LL Bean.
Dalam perkongsian vogue.com, bukan hanya persembahan fesyen musim luruh, tetapi mesej mencari diri sendiri dengan fahaman eksistensialisme menjadi kelainan dalam koleksi kali ini.
Berani tampil dengan pop rona garang sempena musim luruh, Synder tidak mengetepikan rekaan but signatur, Bean’s Duck, beg tote sehinggalah sut potongan langsing red flannel, seluar korduroi, baju rajut intarsia dan seluar panjang pleated.
Sebagai pemimpin pragmatis, beliau dilihat bijak memperagakan koleksi peribadi dengan kualiti premium bersama kepekaan naluri yang cukup praktikal demi misi koleksi musim akan datang.
Bukan itu sahaja, jenama LL Bean juga tidak ketinggalan mempromosikan pakaian poliester kitar semula selain menonjolkan kelestarian alam semula jadi dalam pertunjukan berprestij itu.