Barang tiruan berjenama bernilai RM56,000 dirampas

Iklan
Ariffin Samsudin menunjukkan barangan tiruan bernilai RM56,000 dirampas pada sidang media berkenaan Ops Jeriji di Stor Simpanan KPDNHEP WPKL di Jalan Segambut hari ini. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang wanita tempatan ditahan manakala 280 barangan tiruan berjenama dianggar bernilai RM56,000 dirampas menerusi Ops Jeriji di sebuah premis di Setapak di sini semalam.

Dalam operasi khas membanteras barangan tiruan itu, seorang pekerja premis berusia 21 tahun ditahan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pada jam 3 petang.

Iklan
Iklan

Pengarahnya, Ariffin Samsudin berkata, antara barangan tiruan berjenama yang dirampas adalah kasut, topi, jam tangan dan baju yang menggunakan jenama Gucci dan Nike.

"Barangan yang dijual di premis ini menerima permintaan yang tinggi berikutan kualitinya yang hampir sama dengan barangan asli.

Iklan

Ianya dijual pada harga antara RM100 hingga RM700 bergantung kepada jenis barangan," katanya kepada pemberita di Stor Pejabat KPDNHEP WPKL di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati barangan tiruan yang dirampas ini turut dijual dalam talian.

Iklan

"Orang ramai sememangnya tahu barangan yang dijual adalah tiruan namun mereka tetap membelinya produk tiruan itu mungkin kerana inginkan barangan berjenama.

"Saya nasihatkan orang ramai supaya hormat pemilik asal produk dan hak cipta sesuatu produk itu," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 102(1) (c) Akta Cap Dagangan 2019. - Bernama