Budak lemas dalam tali air

Iklan
Lokasi Muhammad Harith Darwish ditemui lemas selepas bermain air bersama kembarnya dan dua lagi rakan sebaya. Gambar kecil: Muhammad Harith Darwish (kiri) bersama kembarnya, Muhammad Harraz Irfan.

PASIR MAS -"Saya sudah melarang dua beradik kembar itu supaya tidak pergi ke tali air," kata Mohd Luqman Saud, 36, selepas salah seorang anak kembarnya, Muhammad Harith Darwish, 9, lemas ketika bermain di kawasan tali air Kampung Belukar, Kubang Bemban di sini petang tadi.

Muhd Luqman berkata, dia berasa tidak tenteram sejurus pasangan kembar seiras itu memberitahu hasrat untuk bermain di kawasan tali air tersebut.

Iklan
Iklan

Tukang rumah itu berkata, dia juga sempat berpesan kepada isterinya, Juri Ismail, 34, supaya tidak membenarkan anak mereka bermain di kawasan tali air itu sebelum ke tempat kerja.

"Sebelum ini pasangan kembar itu tidak pernah bermain air di kawasan tali air itu

Iklan

"Apa pun saya reda dan menerima apa yang berlaku ini dengan hati terbuka," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Unit Forensik Hospital Pasir Mas hari ini.

Menurutnya, sebaik sahaja pulang dari tempat kerja sekitar jam 4 petang, Muhammad Harraz Irfan memberitahu adik kembarnya tenggelam di dalam tali air tersebut.

Iklan

Terkejut dengan berita itu dia terus bergegas ke lokasi kejadian yang terletak tiga kilometer dari rumah untuk mencari Muhammad Harith Darwish.

"Hasil bantuan orang kampung dan juga anggota bomba, Muhammad Harith Darwish ditemui lemas kira-kira 10 meter dari tempat dia bermain air," katanya.

Katanya, ketika kejadian pasangan kembar yang merupakan murid Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Ibrahim Tiga itu bermain di tali air bersama dua lagi rakan seusia mereka.

Jenazah anak keempat daripada lima beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Nyor kira-kira jam 9 malam ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Sapawi Setapa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.33 petang.

Katanya, seramai 13 anggota termasuk pegawai telah bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.

"Mangsa berjaya ditemui pada jam 5.46 petang pada jarak 10 meter dari tempat kejadian," katanya.