‘Kenyataan Abbott lukakan hati waris’

Iklan
Kehilangan MH370 kekal misteri sehingga hari ini.

SHAH ALAM - Kenyataan bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines dengan teori pembunuhan diri boleh mengguris hati waris mangsa yang selama ini terluka hati berikutan insiden itu kekal misteri sehingga hari ini.

Bekas Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, teori pembunuhan beramai-ramai seperti didakwa Abbott tidak dapat dibuktikan berhubung kehilangan pesawat tersebut pada tahun 2014.

Iklan
Iklan

"Tragedi itu masih misteri sehingga ke hari ini. Teori pembunuhan beramai-ramai seperti didakwa Abbott adalah salah satu teori tetapi tidak dapat dibuktikan.

"Saya berjumpa dengan Abbott ketika melakukan siasatan MH370 tetapi saya tidak pernah mengesahkan teori atau bercakap dengannya secara peribadi.

Iklan

"Beliau mendakwa pegawai tinggi kerajaan Malaysia memaklumkan mengenai perkara itu kepadanya, namun bagi saya ia hanya satu teori,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azharuddin yang juga bekas Pengerusi Pasukan Petugas Teknikal Peringkat Tinggi MH370 (HLTTF) mengulas mengenai kenyataan Abbott yang mendakwa diberitahu pegawai tinggi kerajaan Malaysia bahawa insiden itu adalah pembunuhan diri.

Iklan

Abbott menerusi satu temu bual eksklusif dalam dokumentari Sky News mendakwa, beliau dimaklumkan pegawai berkenaan bahawa kerajaan Malaysia berasakan perkara itu dirancang juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mengakibatkan kehilangan pesawat yang membawa seramai 239 penumpang.

ARTIKEL BERKAITAN: