Tabik hormat Azizulhasni berani letak sasaran emas Olimpik 2020

Iklan
Azizulhasni Awang

PEJAM celik pejam celik, Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal berlangsung kurang enam bulan dari sekarang.

Atas kertas, seramai 10 atlet negara sudah mengesahkan tiket Olimpik 2020 secara merit – empat acara penerjun, empat (pelayaran), satu (memanah) dan satu (gimnastik).

Iklan
Iklan

Namun, Merak Jalanan lebih tertarik dengan aura jagoan berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang. Biarpun namanya belum lagi secara rasmi berada dalam senarai atlet negara yang telah layak ke Tokyo, Azizulhasni sudah berani letak sasaran.

Emas! Ya itu sasaran pingat yang diletakkan Azizulhasni pada Sukan Olimpik kali ini. Merak Jalanan percaya pasti ramai terkejut dengan sasaran itu, apatah lagi Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Iklan

Apa tidaknya, PKBM sebelum ini hanya meletakkan sasaran pingat perak buat Azizulhasni. Malah, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang berbangga dengan kejayaan tiga perak pada Olimpik 2016 juga belum bersedia mendedahkan sebarang sasaran.

Namun, apabila ‘emas’ yang keluar daripada mulut Azizulhasni dalam satu sidang media baru-baru ini, Merak Jalanan harus memberi tabik hormat kepada pelumba berusia 32 itu.

Iklan

Merak Jalanan mengikuti rapat perkembangan Azizulhasni sejak dia mula bergelumang dalam dunia sukan basikal. Malah, beberapa kali Merak Jalanan berpeluang membuat liputan dalam beberapa kejohanan yang disertai Azizulhasni sejak lebih 10 tahun lalu.

Bagi Merak Jalanan, Azizulhasni mempunyai semangat juang yang cukup tinggi, dia juga sentiasa yakin dengan apa yang dilakukan. Mungkin itu antara resipi kejayaan Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman.

Harapnya Tokyo 2020 menjadi platform dan peluang terbaik untuk Azizulhasni menjelmakan emas sulung buat Malaysia. Ayuh buktikan, anak Malaysia mampu sekali lagi menggegar dunia!